Thursday, June 21, 2012

Datuk Sheila Majid pesona yg x dijangka!


Siapa yang selalu kata Datuk Sheila Majid penyanyi kelas atasan..tarik balik pernyataan anda itu...kerana Datuk Sheila juga tidak mengakuinya. Setiap kali susuk ini berbicara bagaikan sebiji-sebiji terkeluar dari dalam hatinya, mengalir terus seperti air.

Tidak berniat untuk berkampung terus di dalam dunia seni, beliau merasakan kehidupannya sekarang bersama suami yang tercinta pemuzik Acis dan dikelilingi 4 orang cahaya mata sebagai stabil.

Beliau juga menyifatkan beraksi di konsert bersama nama-nama yang terkemuka seperti Zainal Abidin, Jamal Abdillah dan Amy Search menerusi The Legendary concert sebagai kenangan terindah. 

Satu fakta yang tak dapat disangkal Datuk Sheila Majid satu pesona yang berjaya sepenuhnya menawan hati masyarakat jiran tetangga Indonesia dan dinegara matahari terbit Jepun.

Terima kasih kepada Datuk Shiela Majid di atas kesudian berada di dalam program Jurnal Ikon.

Sunday, June 17, 2012

Chef Norman Musa permata melayu di bumi inggeris!


Aku sangat bernasib baik bilamana aku menyedari tentang ikon Chef Norman Musa yang ingin pulang ke kampung halamannya dari United Kingdom, aku merasakan ini kesempatan terbaik buat aku mendapatkan ikon ini untuk ditemuramah, semudah memakan kacang chef terus memberikan persetujuan sebaik sahaja dipelawa aku hanya beliau memberikan beberapa syarat hari untuk dirakam kerana beliau tidak betah untuk membuatkan acara ini berlaku secara langsung, maka rakamanlah jadinya.

Malam berikutnya aku telah dijemput oleh beliau untuk menghadiri party bagi meraikan peminat-peminatnya di Daily Grind, Bangsar...akupun tumpang sekaki mengikuti acara itu. Aku tak tahu nak cakap apalah sedikit cemburu pon ada, dalam usia beliau ini dia sedang meluaskan pengaruhnya di sekitar United Kingdom menerusi pembukaan beberapa cawangan restorannya seperti di Manchester dan akan datang di York yang kusangkakan New York rupanya York juga di United Kingdom

Menerusi dunia masakan Norman Musa memilih untuk terus mengembangkan masakan-masakan melayu di peringkat antarabangsa. Dunia masakan adalah satu dunia yang sangat beliau cintai dan kala berbicara tentang dunia masakan beliau boleh tenggelam kerana begitu asyik, satu perkara yang tidak dapat beliau lakukan menerusi pekerjaan lamanya. Tutur beliau lagi bakat memasak yang dimilikinya banyak diwarisi oleh arwah ibunya.

Saya kira pada waktu rakaman temuramah beliau disiarkan menerusi Jurnal Ikon tempoh hari beliau telahpun berada di Dublin untuk satu lagi acara masak-memasak di sana, dan kini pastinya beliau telah kembali berada di Manchester United untuk meneruskan perjuangan beliau. Untuk kesekian kalinya kami sangat berbangga mempunyai susuk seperti Norman Musa yang sangat likat semangat patriotisma, apatah lagi berjiwa besar dan berbakat memang sesuai dijadikan ikon oleh kebanyakan.


Saturday, June 9, 2012

Tun Dr. Mahathir Mohamad...how i wish to get ur brain!



Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya
Tarikh : 06.06.2012
Waktu : 10.30 pg
Tarikh siaran : 07.06.2012
Krew : Dr. Syafiq Alfonse
Fazli Berahim
Redzuan (Penerbit promo TV)
Liza (Promo TV)
Anuar (Stringer) 
Faiz (Juruteknik)
Syamsul Alwan (Wartawan)

Ku dasari pemikiran tokoh negarawan ini...


Menemuramah secara terus begini ku rasakan bagai menonton riak susuk ini di kaca TV, memang aku pernah jangka satu hari kelak pasti aku akan berada hampir dengan susuk ini, menjadi aku (sekarang ini) menzahirkan lagi apa lukisan di minda ku sejak keciL

Pertama-tamanya suka untuk ku tekankan disini, berlangsungnya acara ini tiada kena-mengena dengan fahaman politik apapun, tetapi aku pergi merakam dan mendedah atas kapasiti ku sebagai penyiar. Aku percaya di dalam gegak-gempita yang memberi sanjungan mahupun pujian, pasti terselit jua satu dua yang "iri"....tetapi aku percaya lagi masak kerana itu lumrahnya sifat manusia....Haruskah atau perlukah aku meraikan momen2 ini dengan terlalu memikirkan perkara ini..ahhh abaikan saja!  

Aku tak nafikan getaran di hati bukan sebarangan, untuk menemuramah tokoh ini yang cukup masak dengan jatuh bangun di dalam kehidupan aku perlu menyiapkan barisan soalan bagaikan menyiapkan barisan bala tentera sebelum bertempur di medan peperangan.

Aku juga percaya di dalam susuk tubuh yang letih lagi kuncup ini, tersimpan satu tenaga membara yang akan terus berjuang memartabatkan bangsa melayu di persadanya...memang tak letih ek?....walaupun berhadapan dengan melayu yang degil nie...bak kata tun sepanjang perbualan kami.. berubahlahhh!!!..berubahlahh!!!!...berubahlah!!!!!!

Walaupun tidak dapat kurangkumkan semua perbualan kami menerusi papan blog yang terhad ini...sedikit konklusi menerusi beberapa suara yang mempertikaikan berapa peratuskah genetik melayu Tun...aku hanya mampu katakan Tun lebih melayu daripada sebilangan melayu yang merosakkan melayu itu sendiri.

Semoga melayu menjadi tuan di tempatnya sendiri dan melayu tidak akan layu selamanya!


Sama ada jodoh aku bertemu Tun lagi selepas ini masih kabur...sekurang-kurangnya aku dah melakar sedikit sejarah di dalam hidupku!

Thursday, May 31, 2012

UJANG d Legend!


Ujang

Aku sangat faham dengan apa perjuangan ko Ujang....memang faktanya disini orang seni macam kau memang sentiasa tenggelam dengan dunianyaa sedangkan sentiasa berlegar disekeliling kita ialah ikan jaws yang sentiasa menunggu untuk membaham...maka dengan itu apo nak buek janggggggg...redha jeler!

Pelajaran untuk abang Ujang mungkin bukan di dalam bilik darjah tetapi sepanjang masa...but trust me abang Ujang tuhan tak test kau..kalau kau tak kuat....kalau dah nama orang talented... talentedlah jugakk...buat p mana pon tetap akan di kenang di dalam sanubari buat selamanyaaa!

Apa masalah abang Ujang sebenarnyaaa...lu orang cariklah sendiri..sapa suruh x dengar jurnal Ikon?..

Thanx for coming bang...anak abang comel..baka chinese blood katanyaaa....

Ujang
 di dalam sanubari kebanyakan makcik dan pakcik di luar sana!



Friday, May 25, 2012

GELOMBANG OMBAK RINDU TERCETUS DI SEBALIK IDEA BESAR WANITA BERTUBUH KECIK FAUZIAH ASHAARI...


Sepanjang temuramah bersama JK Rowling Malaysia novelis Fauziah Ashaari tempohhari, aku nak mengfokuskan kepada rasa kesal beliau yang dipaparkan oleh kebanyakan media dan tabloid semasa....diatas penghasilan filem Ombak Rindu yang katanya tak dapat memberikan impak yang sama sepertimana novel asal karya beliau.

Disebalik tubuh yang kecil ini ada kilang idea yang merembas-rembas...aku berani mengakui kejayaan filem Ombak Rindu adalah kerana serbuan kebanyakan penggemar tegar novel ini sendiri yang aku pasti kebanyakannya pulang hampa kerana tidak mencapai klimaks keterujaan sama seperti mereka membaca novel ini. But takpa puan..pastinya selepas filem ini ia pasti lebih membantu melonjakkan lagi penjualan novel anda..dan novel-novel anda selepas ini....

Orangnyaa lembut, sopan, cermat lagi pemikir kombinasi tepat yang aku kira sebagai proksi kepada kejayaan novel-novel anda semua...mungkin bagi kebanyakan orang yang tidak menggemari dunia penulisan, beliau bukan sesiapa...tetapi aku percaya kepada yang obses kepada dunia pembacaan khususnya novel nama Fauziah Ashaari setanding Siti Nurhaliza di dalam bidang hiburan atau Chef Wan di dunia masakan.

Aku cukup tertarik bilamana rahsia detik terawal beliau menceburi dunia penulisan....ialah untuk memaparkan sesuatu yang opposite berbanding apa yang dibacanya..maka perlunya ada penghasilan tulisan sendiri....pena menari-nari atau tangan berketak ketik di keyboard pc...siapa jangka hasilnya seperti sekarang....Truly Inspirational!

Sesuatu yang boleh dijadikan pedoman oleh anda mengenali potensi diri...

Btw thanx puan datang street away from JB!

Friday, May 18, 2012

DATUK YUSUF HASLAM....

 

Datuk Yusuf Haslam, tetamu Jurnal Ikon pada 17/5 yang lalu, 
mendapatkan beliau untuk ditemuramah sangat mudah tanpa banyak karenah birokrasi, tak perlu semak2 tunggu beliau atau sebagainya ...tahu2 dah sampai dekat konti.

Datuk Yusuf Haslam aku rasakan satu individu yang sangat sedar diri...dan sedar ruang, maka dengan itu aku rasakan resipi sebenar kejayaan filem2 beliau...bila diajukan juga tentang pengalaman beliau mengorak langkah sehingga sukses di dalam dunia perniagaan adalah kerana beliau melakukan sesuatu perniagaan yang disukainya dan pakar.

Secara jujurnya...legasi Skop Production aku rasakan akan terus gemilang dan sukses bilamana kini puteranya Shamsul Yusoof pula menghasilkan filem2 yang terus mendapat sambutan..seperti mana yang dikatakan oleh datuk sebagai filem yang relevan pada zamannya.

Aku sangat suka pandangan datuk yang ini..."Kalau saya buat filem yang syok sendiri, macammana filem saya nak laku, lalu macam mana saya nak rancakkan pengeluaran filem saya, dan macammana dunia filem tempatan nak menjadi sebuah industri!"...woww luv it.

OK find filem2 beliau sesetengahnya menggelarkan sebagai memualkan after all dia end up kaya..ko ado? 

BTW thanx Dato kerana sudi ditemuramah!

Friday, May 11, 2012

MR. ONG KIM SWEE...muka bagaikan tiada perasaan!


Where to start?....

but last khamis..my guest for jurnal ikon is Mr. Ong Kim Swee, walaupun pada mulanya dia mintak untuk disediakan transport untuk dijemput..tp last minute katanya boleh drive sendiri pulak...tp dia end up tepat pada waktunya (awal lebih kurang 20 minit)..kira ok lah ek?..

Orangnya segak...maklumlah bekas atlit dan sekarang melatih orang..dah tentulah kesegakannya terus menerus teserlah...bt one thing aku realise about him which is beliau nie seakan robot yg telah di program... dia hanya menjawab apa yg ditanya...dan pelbagai reaksi muka yang terlontar semuanya sekata walaupun diasak dengan pelbagai soalan oleh aku...

Relax, cool, very the "lelaki"...setiap persoalan yg diasak bagaikan telah ada jawapan yg tersusun...aku rasa dia niee mmg dah bercita-cita untuk berada di posisinya sekarang sejak dalam perut mak dia lagi...mmg worth it lahh..look at lah how the harimau muda now?..kalau harimau muda end up being kucing no lah interview with him....malah perkara yg paling membanggakan si jambu Nazmi pon telah dipilih utk melalui sesi pemilihan untuk ke sebuah kelab di PortugaL..apa ntah namanya...SEE!

Momen yg paling aku suka ttg jawapannya bila diaju dgn soalan "di mana Ong Kim Swee lagi beberapa tahun akan datang?"....dia dengan slumber menjawab "tipulah saya kalau saya kata tak bercita2 ingin menjadi jurulatih kebangsaan!"...so x hipokrit ya mr..i likeeeeeeee!

Baiklah aku nak end up dengan perkara yg mempengaruhi post entry di atas...bila aku surprise dia dgn panggilan dari anak buahnya si defender Mahali Jasuli...reaksinya tetap sekata....what a cool guy!!!...btw thanx for coming yaaaaaaaaaaaa!

Thursday, May 3, 2012

FARID ESMITH EMIR i luv when u sebut ANGGOLA!


OMG setiap malam suara jantan Farid Esmith Emir menemani malam2 kita...sehari tanpa mendengarkan suaranya...bagaikan berita dunia jam 11 malam dilanggar garuda...betul x?.

Kawan sezaman Farid seperti Mary Anne, Hirjit Singh..semuanya mempunyai aura yang bagikan malar segar sehingga kini..legend gitu..kenapakah pembaca2 berita di RTM kini bagaikan yang ado?...

Walaupon beliau boleh dikategorikan sebagai divo (kerana merujuk kepada lelaki)...dia sangat x feeling2 ok...datang awal..kesudahannya aku yg tak tentu arah berlari lintang pukang dari opiss!...Ayahanda kepada Dj Fuzz ini juga berikrar untuk beberapa tahun akan datang beliau ingin mendirikan sebuah akademi pengucapan awam, pembentukan personaliti dan sebagainya...huuh menarikk!.

Ramai yang kata..aku dah abis modal ker jemput beliau jadi tetamu Jurnal Ikon minggu ini?..bagi aku y not?...ehh hallo setiap dari kita membesar dengan melihat beliau membaca berita ok!...walaupun pembaca berita datang pergi silih berganti Farid Esmith Emir tetap unggul di persadanyaa..mmg ikon..ko mampu?.

Persetankan segala cerita peribadi beliau yang berlegar di kebanyakan tempat...matlamat utama penerbitan Jurnal Ikon lebih kepada mengupas rahsia kejayaan seseorang itu..selain segala yang berkaitan ruang lingkup  kerjayanyaa....selebihnya x minat nak tau ok?....

Satu ketika aku pernah terfikir bagaimanakah bunyinya kalau Farid Esmith Emir membaca berita radio...hari ini 3 Mei 2012....tuhan kabulkan perkara itu menerusi berita SELANGORfm 4 ptg!

Oooooo ok macam tu bunyinya..sekarang puas hati!!!

- Thnx to Farid Esmith Emir -

MY LUVLY NONG!



Farahsyikin othman a.k.a. Farah..ataupon aku memanggil beliau "nong"...bukannya satu susuk yang baru sehari dua aku kenal...beliau sepangajian denganku...dan beliau merupakan sebahagian kawan2ku yang aku kategorikan antara yang sukses!.

Susuk ini yang aku kenal dulunya seorang yang sangat fashionita...apa baju atau aksesori yang tidak pernah digayakan...persis Victoria Beckham gitu...persetankan kisah beliau dengan x nya penyanyi Datuk Hattan...tetapi Farah yang aku kenal sangat genuine..sumpah sejak zaman belajar lagi...walaupun kalau nak dilagakkan harta material beliau...masyaallah...London,Hong Kong, Dubai bagaikan sebelah rumah aja...
but one thing that she is very down to earth!.

"Work with Harrods Properties" dan menjalankan beberapa bentuk perniagaan including a director of Into Equity Sdn. Bhd, her fashion line soon with Amir Luqman...selain bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak yang comel...bnyak pulak musibat yg nak hack e-mail dan FB beliau....she is a strong woman!.

Surprisely after kepulangan beliau dari tanah suci Mekah tempoh hari...katanya telah mendapat "calling" from Allah s.w.t. syukran syukran....she totally change 100 %...she wearing hijjab...

whatt!!!!!!

Itulah diakan kalau Allah dah memilih hambanya..tak kira siapapon kau... hatta seorang socialite di Kota London sekalipon..maka terjadilah ianyaaa...Farah i,m happy 4 u!;)...

Pada detik 26 april yang lalu...Farah aku pilih sebagai tetamu Jurnal Ikon...aku rasa pada usianya yang muda melihatkan kepada pencapaiannya...i think she's deserve to be an icon!...walaupon keresahannya teserlah sepanjang temuramah itu...apatah lagi kalau aku tanya soalan bom (ttg x husbandnya)...tp Alhamdulillah Farah kuat..walaupon aku hampir membuatkan airmatanya menitis!

Farah thnx yaaa!


Saturday, April 21, 2012

AMIR LUQMAN VOGUE!


Fuhh!.... berdegup jantungku bila fashion designer Amir Luqman melangkah keluar dari kenderaannya yang betul2 di parking di hadapan wisma radio Angkasapuri....dengan penuh keyakinan Amir Luqman melangkah dengan gaya yang begitu vougue lagi berkeyakinan tinggi..sumpah heels yg dikenakannya memang terletak indah di kakinyaa...lalu memukau banyak mata yang memandang...

Diaju dengan pelbagai persoalan yang dilontarkan oleh aku menerusi Jurnal Ikon...beliau menjawab dengan begitu tenang lagi yakin...seakan2 peserta Miss Universe top 5 menjawab soalan...mungkin beliau belajar dari wakil peserta Malaysia tempoh hari si Deborah Henry!

Bagi aku Amir adalah pesona satu dalam seribu yang jarang-jarang berlaku..maksudnya menjadi sebertuah seperti dia bisa bergaul dengan golongan atasan (aristokrat, selebriti, expatriat dn lain2 lg.)...mungkin tuntutan kerjaya dia sendiri yang memaksa keadaan sedemikian berlaku walaupun tanpa kerelaan Amir atau mmg dengan kerelaan ;P...

Tapi aku percaya kesuksesan yang menjengah dirinya bukan berlaku semudah memakan kacang pagoda...aku percaya di sebalik susuk itu menyimpan pelbagai cerita untold story yg hanya Amir yg tahu...itulah kekadang apa yg khalayak nampak apa yg indah2 saja...untuk mnjadikan yang indah itu jarang orang nak ambil tahu...apa yg penting kerja keras...apatah lagi dgn surrounding masyarakat Malaysia sorry to say..yg mungkin sesetengahnya masih taboo dgn golongan yang memasuki kerjaya yang dimonopoli oleh golongan jantina yang bertentangan! .

Btw...aku suka jawapan amir yg ini...golongan adam diciptakan oleh tuhan untuk menjadi leader...oleh demikian dimanapon kita diletakkan kita tetap boleh survive...i likeeeeeeee :)....

Sekali imbas orangnya seakan sombong tp trust me Amir juga seorang yg sgt humble...dan yg lebih penting qhupanyaa aku lebih tinggi dr diaaa....ahakss....Amir thanks 4 coming yaaa!

Friday, April 13, 2012

IRFAN KHAIRI JUTAWAN INTERNET YANG HUMBLE!

bEST wooo....bila lecturer yang aku kagumi ini sudi ditemuramah oleh pelajarya yg bergelar dj niee....beliau bukan sebarang lecturer tetapi beliau juga adalah merupakan seorang jutawan internet beliau adalah Irfan Khairi...selalunya bila aku di dalam kelas di AEU university aku melihat dirinya dari kejauhan...

Cerita berkenaan dirinya aku research sepanjang malam sebelum aku menemuramah beliau tempoh hari menerusi JURNAL IKON...membuatkan dirinya kaget dengan pengetahuan diriku berkenaan beliau....seawal usia 18 tahun beliau telah memasang strategi untuk bergekar jutawan dan pada usia 25 tahun beliau telah bergelar jutawan internet muda!.

Bergelar jutawan pada usia muda tidak membuatkan dirinyaa alpa malah smakin merendah diri...walaupun luarannya beliau nampak seakan kapas yg lembut...ttp aku percaya di dalam susuk itu menyimpan satu semangat setegar besi yang waja...dimana beliau sekarang ini membuktikannya.

Percaya atau tidak ketika menuntut di UK beliau pernah bergelar pencuci di pasaraya..smata-mata untuk mendapatkan duit yang lebih bagi mengikuti ceramah2 motivasi dan mendapatkan buku2 motivasi...i luv his big spirit and his big dream..something that we can adapt in our lifee!!!

Kalau tidak kerana untuk menyambung riwayat janaan duitnyaa atau atas alasan apa sekalipun..pasti kini beliau akan bergelar jutawan senyap...lihat saja personalitinya ketika mampir ke konti kami tempohhari..hanya berseluar jeans dan t-shirt...bertopi dan bersepatu crocs...heiii shitt dia sangat low profile dowhh...walaupun hakikatnya dia tidur atas duit...
ko ado?

Another thing dat surprise me..which is he hate number...aitt abis camna ko boleh kayoo?...jawapannya kerana he super creative...i believe d same thing if u have an idea n u was born as creative people you will be succeed whereever they put you!

Another thing dat make me feel touch..when he said dat my appearence in my show r so cheerfull....eh apahal ttiba aku jd mat salih celop niee?...btw Irfan u r my inspiration...i think one day i'm gonna be exactly like you...Insyaallah!

Thanx Irfan sudi mampir ke kontiku!

Wednesday, April 11, 2012

Tetamu sulung "Jurnal Ikon" Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor...;)

Simple dari 'O' tanpa perlu banyak melankolik...akhirnya 'Jurnal Ikon' randisi sulungku menjengah dengan pembuka kata oleh angkasawan pertama negara 'Datuk Dr. Sheikh Muzaffar yang geli bila aku memanggilnya dengan gelaran 'datuk' lebih selesa digelar Dr!.

not bad haaa~;)

Itulah bezanya kalau orang yang memahami kesibukan dan orang yang buat2 sibuk...lantas kerjaku jadi mudah...beliau dengan senang menerima pelawaanku bilamana aku dengan ikhlas melontarkan hasratku.

His charming and simple..Dr Halina is very lucky!...atitude Dr. Sheikh yg. sangat membara tp humble mungkin terbentuk dengan surrounding beliau dibesarkan, bapanya tegas..ibunya memanjai beliau...lagi pulak menjadi anak tengah dari 5 adik beradik lelaki...membentuk perwatakan beliau yang kompetetif!.

Selain bergelar seorang angkasawan dan doktor Ortopedik, beliau juga mempunyai sebuah restoran di Bangsar...u know it...it's Rebung Restoran kan...dia juga mempelawa aku datang berkunjung ke restorannya...tengoklah datuk nanti kalau ada masa...
bisa aja aku mampir ke sana.....:)....jangan tak tahu datuk juga pernah bergelar seorang model tau...hahaha no wonder!

Ok k...now let's share his experience being in aerospace...
katanya kebesaran Allah SWT memang dirasai ketika melihat bumi kecil dari angkasa lepas...malah datuk juga telah mendengar suara azan berkumandang...dan itu membuatkan beliau sangat tersentuh, sehingga merubah persepsi beliau mengenai kehidupan.

Agak menarik juga bila beliau menyentuh perkara berkaitan "Space Tourism" yang bakal menjadi fenomena sedikit masa lagi....fuh menarik tuuu!

2 impian beliau yang bakal digenggami sedikit masa lagi yakni
menjadi juruterbang pada 2013 dan bekerja di Afrika!!!!...gud gud!

Bila dinyatakan harapan dan aspirasi beliau kepada pendengar2...agar semuanya mempunyai impian yang tinggi, berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita, yakin dan believe in yourself cause nothing is impossible!

To end up the conversation with datuk i do not know what to say...cause i'm so touch when datuk sudi utk ditemuramah oleh saya yang sangat kebanyakan ini...i luv ur character bukan sahaja sukses tetapi jugak humble!...thanx datuk...
(ur souvenier i just send to ur restaurant last night).

Aku menjengah zon peribadi angkasawan pertama negara...