Friday, May 25, 2012

GELOMBANG OMBAK RINDU TERCETUS DI SEBALIK IDEA BESAR WANITA BERTUBUH KECIK FAUZIAH ASHAARI...


Sepanjang temuramah bersama JK Rowling Malaysia novelis Fauziah Ashaari tempohhari, aku nak mengfokuskan kepada rasa kesal beliau yang dipaparkan oleh kebanyakan media dan tabloid semasa....diatas penghasilan filem Ombak Rindu yang katanya tak dapat memberikan impak yang sama sepertimana novel asal karya beliau.

Disebalik tubuh yang kecil ini ada kilang idea yang merembas-rembas...aku berani mengakui kejayaan filem Ombak Rindu adalah kerana serbuan kebanyakan penggemar tegar novel ini sendiri yang aku pasti kebanyakannya pulang hampa kerana tidak mencapai klimaks keterujaan sama seperti mereka membaca novel ini. But takpa puan..pastinya selepas filem ini ia pasti lebih membantu melonjakkan lagi penjualan novel anda..dan novel-novel anda selepas ini....

Orangnyaa lembut, sopan, cermat lagi pemikir kombinasi tepat yang aku kira sebagai proksi kepada kejayaan novel-novel anda semua...mungkin bagi kebanyakan orang yang tidak menggemari dunia penulisan, beliau bukan sesiapa...tetapi aku percaya kepada yang obses kepada dunia pembacaan khususnya novel nama Fauziah Ashaari setanding Siti Nurhaliza di dalam bidang hiburan atau Chef Wan di dunia masakan.

Aku cukup tertarik bilamana rahsia detik terawal beliau menceburi dunia penulisan....ialah untuk memaparkan sesuatu yang opposite berbanding apa yang dibacanya..maka perlunya ada penghasilan tulisan sendiri....pena menari-nari atau tangan berketak ketik di keyboard pc...siapa jangka hasilnya seperti sekarang....Truly Inspirational!

Sesuatu yang boleh dijadikan pedoman oleh anda mengenali potensi diri...

Btw thanx puan datang street away from JB!

No comments:

Post a Comment