Thursday, May 3, 2012

FARID ESMITH EMIR i luv when u sebut ANGGOLA!


OMG setiap malam suara jantan Farid Esmith Emir menemani malam2 kita...sehari tanpa mendengarkan suaranya...bagaikan berita dunia jam 11 malam dilanggar garuda...betul x?.

Kawan sezaman Farid seperti Mary Anne, Hirjit Singh..semuanya mempunyai aura yang bagikan malar segar sehingga kini..legend gitu..kenapakah pembaca2 berita di RTM kini bagaikan yang ado?...

Walaupon beliau boleh dikategorikan sebagai divo (kerana merujuk kepada lelaki)...dia sangat x feeling2 ok...datang awal..kesudahannya aku yg tak tentu arah berlari lintang pukang dari opiss!...Ayahanda kepada Dj Fuzz ini juga berikrar untuk beberapa tahun akan datang beliau ingin mendirikan sebuah akademi pengucapan awam, pembentukan personaliti dan sebagainya...huuh menarikk!.

Ramai yang kata..aku dah abis modal ker jemput beliau jadi tetamu Jurnal Ikon minggu ini?..bagi aku y not?...ehh hallo setiap dari kita membesar dengan melihat beliau membaca berita ok!...walaupun pembaca berita datang pergi silih berganti Farid Esmith Emir tetap unggul di persadanyaa..mmg ikon..ko mampu?.

Persetankan segala cerita peribadi beliau yang berlegar di kebanyakan tempat...matlamat utama penerbitan Jurnal Ikon lebih kepada mengupas rahsia kejayaan seseorang itu..selain segala yang berkaitan ruang lingkup  kerjayanyaa....selebihnya x minat nak tau ok?....

Satu ketika aku pernah terfikir bagaimanakah bunyinya kalau Farid Esmith Emir membaca berita radio...hari ini 3 Mei 2012....tuhan kabulkan perkara itu menerusi berita SELANGORfm 4 ptg!

Oooooo ok macam tu bunyinya..sekarang puas hati!!!

- Thnx to Farid Esmith Emir -

No comments:

Post a Comment