Thursday, May 31, 2012

UJANG d Legend!


Ujang

Aku sangat faham dengan apa perjuangan ko Ujang....memang faktanya disini orang seni macam kau memang sentiasa tenggelam dengan dunianyaa sedangkan sentiasa berlegar disekeliling kita ialah ikan jaws yang sentiasa menunggu untuk membaham...maka dengan itu apo nak buek janggggggg...redha jeler!

Pelajaran untuk abang Ujang mungkin bukan di dalam bilik darjah tetapi sepanjang masa...but trust me abang Ujang tuhan tak test kau..kalau kau tak kuat....kalau dah nama orang talented... talentedlah jugakk...buat p mana pon tetap akan di kenang di dalam sanubari buat selamanyaaa!

Apa masalah abang Ujang sebenarnyaaa...lu orang cariklah sendiri..sapa suruh x dengar jurnal Ikon?..

Thanx for coming bang...anak abang comel..baka chinese blood katanyaaa....

Ujang
 di dalam sanubari kebanyakan makcik dan pakcik di luar sana!



Friday, May 25, 2012

GELOMBANG OMBAK RINDU TERCETUS DI SEBALIK IDEA BESAR WANITA BERTUBUH KECIK FAUZIAH ASHAARI...


Sepanjang temuramah bersama JK Rowling Malaysia novelis Fauziah Ashaari tempohhari, aku nak mengfokuskan kepada rasa kesal beliau yang dipaparkan oleh kebanyakan media dan tabloid semasa....diatas penghasilan filem Ombak Rindu yang katanya tak dapat memberikan impak yang sama sepertimana novel asal karya beliau.

Disebalik tubuh yang kecil ini ada kilang idea yang merembas-rembas...aku berani mengakui kejayaan filem Ombak Rindu adalah kerana serbuan kebanyakan penggemar tegar novel ini sendiri yang aku pasti kebanyakannya pulang hampa kerana tidak mencapai klimaks keterujaan sama seperti mereka membaca novel ini. But takpa puan..pastinya selepas filem ini ia pasti lebih membantu melonjakkan lagi penjualan novel anda..dan novel-novel anda selepas ini....

Orangnyaa lembut, sopan, cermat lagi pemikir kombinasi tepat yang aku kira sebagai proksi kepada kejayaan novel-novel anda semua...mungkin bagi kebanyakan orang yang tidak menggemari dunia penulisan, beliau bukan sesiapa...tetapi aku percaya kepada yang obses kepada dunia pembacaan khususnya novel nama Fauziah Ashaari setanding Siti Nurhaliza di dalam bidang hiburan atau Chef Wan di dunia masakan.

Aku cukup tertarik bilamana rahsia detik terawal beliau menceburi dunia penulisan....ialah untuk memaparkan sesuatu yang opposite berbanding apa yang dibacanya..maka perlunya ada penghasilan tulisan sendiri....pena menari-nari atau tangan berketak ketik di keyboard pc...siapa jangka hasilnya seperti sekarang....Truly Inspirational!

Sesuatu yang boleh dijadikan pedoman oleh anda mengenali potensi diri...

Btw thanx puan datang street away from JB!

Friday, May 18, 2012

DATUK YUSUF HASLAM....

 

Datuk Yusuf Haslam, tetamu Jurnal Ikon pada 17/5 yang lalu, 
mendapatkan beliau untuk ditemuramah sangat mudah tanpa banyak karenah birokrasi, tak perlu semak2 tunggu beliau atau sebagainya ...tahu2 dah sampai dekat konti.

Datuk Yusuf Haslam aku rasakan satu individu yang sangat sedar diri...dan sedar ruang, maka dengan itu aku rasakan resipi sebenar kejayaan filem2 beliau...bila diajukan juga tentang pengalaman beliau mengorak langkah sehingga sukses di dalam dunia perniagaan adalah kerana beliau melakukan sesuatu perniagaan yang disukainya dan pakar.

Secara jujurnya...legasi Skop Production aku rasakan akan terus gemilang dan sukses bilamana kini puteranya Shamsul Yusoof pula menghasilkan filem2 yang terus mendapat sambutan..seperti mana yang dikatakan oleh datuk sebagai filem yang relevan pada zamannya.

Aku sangat suka pandangan datuk yang ini..."Kalau saya buat filem yang syok sendiri, macammana filem saya nak laku, lalu macam mana saya nak rancakkan pengeluaran filem saya, dan macammana dunia filem tempatan nak menjadi sebuah industri!"...woww luv it.

OK find filem2 beliau sesetengahnya menggelarkan sebagai memualkan after all dia end up kaya..ko ado? 

BTW thanx Dato kerana sudi ditemuramah!

Friday, May 11, 2012

MR. ONG KIM SWEE...muka bagaikan tiada perasaan!


Where to start?....

but last khamis..my guest for jurnal ikon is Mr. Ong Kim Swee, walaupun pada mulanya dia mintak untuk disediakan transport untuk dijemput..tp last minute katanya boleh drive sendiri pulak...tp dia end up tepat pada waktunya (awal lebih kurang 20 minit)..kira ok lah ek?..

Orangnya segak...maklumlah bekas atlit dan sekarang melatih orang..dah tentulah kesegakannya terus menerus teserlah...bt one thing aku realise about him which is beliau nie seakan robot yg telah di program... dia hanya menjawab apa yg ditanya...dan pelbagai reaksi muka yang terlontar semuanya sekata walaupun diasak dengan pelbagai soalan oleh aku...

Relax, cool, very the "lelaki"...setiap persoalan yg diasak bagaikan telah ada jawapan yg tersusun...aku rasa dia niee mmg dah bercita-cita untuk berada di posisinya sekarang sejak dalam perut mak dia lagi...mmg worth it lahh..look at lah how the harimau muda now?..kalau harimau muda end up being kucing no lah interview with him....malah perkara yg paling membanggakan si jambu Nazmi pon telah dipilih utk melalui sesi pemilihan untuk ke sebuah kelab di PortugaL..apa ntah namanya...SEE!

Momen yg paling aku suka ttg jawapannya bila diaju dgn soalan "di mana Ong Kim Swee lagi beberapa tahun akan datang?"....dia dengan slumber menjawab "tipulah saya kalau saya kata tak bercita2 ingin menjadi jurulatih kebangsaan!"...so x hipokrit ya mr..i likeeeeeeee!

Baiklah aku nak end up dengan perkara yg mempengaruhi post entry di atas...bila aku surprise dia dgn panggilan dari anak buahnya si defender Mahali Jasuli...reaksinya tetap sekata....what a cool guy!!!...btw thanx for coming yaaaaaaaaaaaa!

Thursday, May 3, 2012

FARID ESMITH EMIR i luv when u sebut ANGGOLA!


OMG setiap malam suara jantan Farid Esmith Emir menemani malam2 kita...sehari tanpa mendengarkan suaranya...bagaikan berita dunia jam 11 malam dilanggar garuda...betul x?.

Kawan sezaman Farid seperti Mary Anne, Hirjit Singh..semuanya mempunyai aura yang bagikan malar segar sehingga kini..legend gitu..kenapakah pembaca2 berita di RTM kini bagaikan yang ado?...

Walaupon beliau boleh dikategorikan sebagai divo (kerana merujuk kepada lelaki)...dia sangat x feeling2 ok...datang awal..kesudahannya aku yg tak tentu arah berlari lintang pukang dari opiss!...Ayahanda kepada Dj Fuzz ini juga berikrar untuk beberapa tahun akan datang beliau ingin mendirikan sebuah akademi pengucapan awam, pembentukan personaliti dan sebagainya...huuh menarikk!.

Ramai yang kata..aku dah abis modal ker jemput beliau jadi tetamu Jurnal Ikon minggu ini?..bagi aku y not?...ehh hallo setiap dari kita membesar dengan melihat beliau membaca berita ok!...walaupun pembaca berita datang pergi silih berganti Farid Esmith Emir tetap unggul di persadanyaa..mmg ikon..ko mampu?.

Persetankan segala cerita peribadi beliau yang berlegar di kebanyakan tempat...matlamat utama penerbitan Jurnal Ikon lebih kepada mengupas rahsia kejayaan seseorang itu..selain segala yang berkaitan ruang lingkup  kerjayanyaa....selebihnya x minat nak tau ok?....

Satu ketika aku pernah terfikir bagaimanakah bunyinya kalau Farid Esmith Emir membaca berita radio...hari ini 3 Mei 2012....tuhan kabulkan perkara itu menerusi berita SELANGORfm 4 ptg!

Oooooo ok macam tu bunyinya..sekarang puas hati!!!

- Thnx to Farid Esmith Emir -

MY LUVLY NONG!



Farahsyikin othman a.k.a. Farah..ataupon aku memanggil beliau "nong"...bukannya satu susuk yang baru sehari dua aku kenal...beliau sepangajian denganku...dan beliau merupakan sebahagian kawan2ku yang aku kategorikan antara yang sukses!.

Susuk ini yang aku kenal dulunya seorang yang sangat fashionita...apa baju atau aksesori yang tidak pernah digayakan...persis Victoria Beckham gitu...persetankan kisah beliau dengan x nya penyanyi Datuk Hattan...tetapi Farah yang aku kenal sangat genuine..sumpah sejak zaman belajar lagi...walaupun kalau nak dilagakkan harta material beliau...masyaallah...London,Hong Kong, Dubai bagaikan sebelah rumah aja...
but one thing that she is very down to earth!.

"Work with Harrods Properties" dan menjalankan beberapa bentuk perniagaan including a director of Into Equity Sdn. Bhd, her fashion line soon with Amir Luqman...selain bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak yang comel...bnyak pulak musibat yg nak hack e-mail dan FB beliau....she is a strong woman!.

Surprisely after kepulangan beliau dari tanah suci Mekah tempoh hari...katanya telah mendapat "calling" from Allah s.w.t. syukran syukran....she totally change 100 %...she wearing hijjab...

whatt!!!!!!

Itulah diakan kalau Allah dah memilih hambanya..tak kira siapapon kau... hatta seorang socialite di Kota London sekalipon..maka terjadilah ianyaaa...Farah i,m happy 4 u!;)...

Pada detik 26 april yang lalu...Farah aku pilih sebagai tetamu Jurnal Ikon...aku rasa pada usianya yang muda melihatkan kepada pencapaiannya...i think she's deserve to be an icon!...walaupon keresahannya teserlah sepanjang temuramah itu...apatah lagi kalau aku tanya soalan bom (ttg x husbandnya)...tp Alhamdulillah Farah kuat..walaupon aku hampir membuatkan airmatanya menitis!

Farah thnx yaaa!