Thursday, July 23, 2009

YASMIN JANGAN PERGI LAGI!!!!

Pengarah filem Yasmin Ahmad dilaporkan jatuh pengsan di
bangunan Media Prima pagi ini akibat terkena angin ahmar!!!



Seorang seniman akan terus mencari ilhamnya
Meskipun gelita cuba menghambat mata
Meskipun renyai atau lebat hujan menghambat langkah
Hatinya dibiar liar
Merayap dan merayau perlahan
Mencari keindahan di sebalik desah
Mengejar harapan di sebalik gelisah

Seniman itu mula menulis
Nota-nota dan kekata
Baris-baris irama yang menemani suara
Karyanya mula berkilau keemasan rembulan
Berteman remang mega berbisik lirih
Hati seninya bebas terbang tiada lagi tertindih

Dia seorang seniman
Yang percaya pada keikhlasan
Sering mengajak insan seni lain
Bersama berteduh dalam kedamaian
Dalam gerimis duka dan cercaan
Ketika terperangkap dan menggigil dalam kedingingan

Seorang seniman sepertinya,
Berkarya kerana cinta
Pada keindahan,
Pada kesenian,
Pada kekeluargaan
Dan semestinya pada kemanusiaan
Dia bukan pengejar nama
Dia pengungkap segala rasa
Melukis biru rindu
Mencoret merah dilema
Mewarnai hari yang mula luntur dan pudar

Dia mampu menawan kelemahan
Memahami setiap nuansa tanpa air mata
Dalam guliran waktu tiada berjeda

Dia bukan penyanyi biasa
Bukan setakat penghibur bermandi cahaya
Dia seorang pejuang
Darah diperjuangkan
Raga digadaikan
Nyawa dipertaruhkan
DIA SEORANG SENIMAN!

PADA 25 JANUARI 2009 - TERIMA KASIH YASMIN KERANA SUDI

MEMERIAHKAN PROGRAM VARIASIKU


YASMIN BERTAHANLAHHH....khalayak masih dahagakan karyamu....!!!!

No comments:

Post a Comment