Saturday, July 25, 2009

Semoga Yasmin Ahmad ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman!!! AMIN...


KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 Sabtu malam.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.
Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.

YASMIN AHMAD aku cukup menggagumi dirimuuu...karyamu yg bersifat diluar kotak dan menongkah arus adalah inspirasi dan rujukan bagiku...walaupun kita tidak pernah bersua mata tetapi kesudian kau untuk memeriahkan program Variasi aku yg tak seberapa ituuu... amatlah aku hargai!!!...kenangan berbual dengan kau menerusi siaran Variasi 25 januari 2009...pasti akan tersemat di dalam sanubari aku untuk selamanyaa....

saat2 menikmati karya-karya seperti di bawah ini yang akan aku rindui....






YASMIN REST IN PEACE
AL-FATIHAH!!!

No comments:

Post a Comment