Thursday, June 21, 2012

Datuk Sheila Majid pesona yg x dijangka!


Siapa yang selalu kata Datuk Sheila Majid penyanyi kelas atasan..tarik balik pernyataan anda itu...kerana Datuk Sheila juga tidak mengakuinya. Setiap kali susuk ini berbicara bagaikan sebiji-sebiji terkeluar dari dalam hatinya, mengalir terus seperti air.

Tidak berniat untuk berkampung terus di dalam dunia seni, beliau merasakan kehidupannya sekarang bersama suami yang tercinta pemuzik Acis dan dikelilingi 4 orang cahaya mata sebagai stabil.

Beliau juga menyifatkan beraksi di konsert bersama nama-nama yang terkemuka seperti Zainal Abidin, Jamal Abdillah dan Amy Search menerusi The Legendary concert sebagai kenangan terindah. 

Satu fakta yang tak dapat disangkal Datuk Sheila Majid satu pesona yang berjaya sepenuhnya menawan hati masyarakat jiran tetangga Indonesia dan dinegara matahari terbit Jepun.

Terima kasih kepada Datuk Shiela Majid di atas kesudian berada di dalam program Jurnal Ikon.

Sunday, June 17, 2012

Chef Norman Musa permata melayu di bumi inggeris!


Aku sangat bernasib baik bilamana aku menyedari tentang ikon Chef Norman Musa yang ingin pulang ke kampung halamannya dari United Kingdom, aku merasakan ini kesempatan terbaik buat aku mendapatkan ikon ini untuk ditemuramah, semudah memakan kacang chef terus memberikan persetujuan sebaik sahaja dipelawa aku hanya beliau memberikan beberapa syarat hari untuk dirakam kerana beliau tidak betah untuk membuatkan acara ini berlaku secara langsung, maka rakamanlah jadinya.

Malam berikutnya aku telah dijemput oleh beliau untuk menghadiri party bagi meraikan peminat-peminatnya di Daily Grind, Bangsar...akupun tumpang sekaki mengikuti acara itu. Aku tak tahu nak cakap apalah sedikit cemburu pon ada, dalam usia beliau ini dia sedang meluaskan pengaruhnya di sekitar United Kingdom menerusi pembukaan beberapa cawangan restorannya seperti di Manchester dan akan datang di York yang kusangkakan New York rupanya York juga di United Kingdom

Menerusi dunia masakan Norman Musa memilih untuk terus mengembangkan masakan-masakan melayu di peringkat antarabangsa. Dunia masakan adalah satu dunia yang sangat beliau cintai dan kala berbicara tentang dunia masakan beliau boleh tenggelam kerana begitu asyik, satu perkara yang tidak dapat beliau lakukan menerusi pekerjaan lamanya. Tutur beliau lagi bakat memasak yang dimilikinya banyak diwarisi oleh arwah ibunya.

Saya kira pada waktu rakaman temuramah beliau disiarkan menerusi Jurnal Ikon tempoh hari beliau telahpun berada di Dublin untuk satu lagi acara masak-memasak di sana, dan kini pastinya beliau telah kembali berada di Manchester United untuk meneruskan perjuangan beliau. Untuk kesekian kalinya kami sangat berbangga mempunyai susuk seperti Norman Musa yang sangat likat semangat patriotisma, apatah lagi berjiwa besar dan berbakat memang sesuai dijadikan ikon oleh kebanyakan.


Saturday, June 9, 2012

Tun Dr. Mahathir Mohamad...how i wish to get ur brain!



Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya
Tarikh : 06.06.2012
Waktu : 10.30 pg
Tarikh siaran : 07.06.2012
Krew : Dr. Syafiq Alfonse
Fazli Berahim
Redzuan (Penerbit promo TV)
Liza (Promo TV)
Anuar (Stringer) 
Faiz (Juruteknik)
Syamsul Alwan (Wartawan)

Ku dasari pemikiran tokoh negarawan ini...


Menemuramah secara terus begini ku rasakan bagai menonton riak susuk ini di kaca TV, memang aku pernah jangka satu hari kelak pasti aku akan berada hampir dengan susuk ini, menjadi aku (sekarang ini) menzahirkan lagi apa lukisan di minda ku sejak keciL

Pertama-tamanya suka untuk ku tekankan disini, berlangsungnya acara ini tiada kena-mengena dengan fahaman politik apapun, tetapi aku pergi merakam dan mendedah atas kapasiti ku sebagai penyiar. Aku percaya di dalam gegak-gempita yang memberi sanjungan mahupun pujian, pasti terselit jua satu dua yang "iri"....tetapi aku percaya lagi masak kerana itu lumrahnya sifat manusia....Haruskah atau perlukah aku meraikan momen2 ini dengan terlalu memikirkan perkara ini..ahhh abaikan saja!  

Aku tak nafikan getaran di hati bukan sebarangan, untuk menemuramah tokoh ini yang cukup masak dengan jatuh bangun di dalam kehidupan aku perlu menyiapkan barisan soalan bagaikan menyiapkan barisan bala tentera sebelum bertempur di medan peperangan.

Aku juga percaya di dalam susuk tubuh yang letih lagi kuncup ini, tersimpan satu tenaga membara yang akan terus berjuang memartabatkan bangsa melayu di persadanya...memang tak letih ek?....walaupun berhadapan dengan melayu yang degil nie...bak kata tun sepanjang perbualan kami.. berubahlahhh!!!..berubahlahh!!!!...berubahlah!!!!!!

Walaupun tidak dapat kurangkumkan semua perbualan kami menerusi papan blog yang terhad ini...sedikit konklusi menerusi beberapa suara yang mempertikaikan berapa peratuskah genetik melayu Tun...aku hanya mampu katakan Tun lebih melayu daripada sebilangan melayu yang merosakkan melayu itu sendiri.

Semoga melayu menjadi tuan di tempatnya sendiri dan melayu tidak akan layu selamanya!


Sama ada jodoh aku bertemu Tun lagi selepas ini masih kabur...sekurang-kurangnya aku dah melakar sedikit sejarah di dalam hidupku!