Sunday, June 17, 2012

Chef Norman Musa permata melayu di bumi inggeris!


Aku sangat bernasib baik bilamana aku menyedari tentang ikon Chef Norman Musa yang ingin pulang ke kampung halamannya dari United Kingdom, aku merasakan ini kesempatan terbaik buat aku mendapatkan ikon ini untuk ditemuramah, semudah memakan kacang chef terus memberikan persetujuan sebaik sahaja dipelawa aku hanya beliau memberikan beberapa syarat hari untuk dirakam kerana beliau tidak betah untuk membuatkan acara ini berlaku secara langsung, maka rakamanlah jadinya.

Malam berikutnya aku telah dijemput oleh beliau untuk menghadiri party bagi meraikan peminat-peminatnya di Daily Grind, Bangsar...akupun tumpang sekaki mengikuti acara itu. Aku tak tahu nak cakap apalah sedikit cemburu pon ada, dalam usia beliau ini dia sedang meluaskan pengaruhnya di sekitar United Kingdom menerusi pembukaan beberapa cawangan restorannya seperti di Manchester dan akan datang di York yang kusangkakan New York rupanya York juga di United Kingdom

Menerusi dunia masakan Norman Musa memilih untuk terus mengembangkan masakan-masakan melayu di peringkat antarabangsa. Dunia masakan adalah satu dunia yang sangat beliau cintai dan kala berbicara tentang dunia masakan beliau boleh tenggelam kerana begitu asyik, satu perkara yang tidak dapat beliau lakukan menerusi pekerjaan lamanya. Tutur beliau lagi bakat memasak yang dimilikinya banyak diwarisi oleh arwah ibunya.

Saya kira pada waktu rakaman temuramah beliau disiarkan menerusi Jurnal Ikon tempoh hari beliau telahpun berada di Dublin untuk satu lagi acara masak-memasak di sana, dan kini pastinya beliau telah kembali berada di Manchester United untuk meneruskan perjuangan beliau. Untuk kesekian kalinya kami sangat berbangga mempunyai susuk seperti Norman Musa yang sangat likat semangat patriotisma, apatah lagi berjiwa besar dan berbakat memang sesuai dijadikan ikon oleh kebanyakan.


No comments:

Post a Comment